pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Sunday, August 15, 2010

sifat 20

1. WUJUD - Ada
Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

2. QIDAM - Sedia
Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

3. BAQA - Kekal
Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

4. MUKHALAFATUHU LILHAWADIS - Tidak sama dengan yang baharu
Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

5. QIYAMUHUU BINAFSIH - Berdiri dengan dirinya sendiri
Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

6. WAHADAANIYAT - Esa
Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

7. QUDRAT - Kuasa
Allah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8. IRADAT - Menentukan
Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

9. ILMU - Mengetahui
Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

10.HAYAT - Hidup
Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

11.SAMA - Mendengar
Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

12.BASAR - Melihat
Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13.KALAM - Berkata-kata
Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

14.QOODIRUN - Maha Kuasa
Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15.MURIIDUN - Menentukan
Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16.AALIMUN - Maha Mengetahui
Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

17.HAYUUN - Hidup
Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

18.SAMI'UN - Mendengar
Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

19.BASIIRUN - Melihat
Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

20.MUTAKALLIMUN - Berkata-kata
Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

No comments:

Post a Comment