pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Friday, August 13, 2010

Ratapan gadis di kuburan ayah...

Cerita ini dipetik dari majalah mastika keluaran Ogos 2010....
Seorg gadis berlari2. Rambutnya terurai kusut-masai. Dia menangisi jenazah ayahnya yg sdg diusung ke kubur. Apabila melihat org ramai mengusung mayat di dpn rumahnya, Hassan Al-Basri turut serta dalam rombongan itu.
Semasa berjln mengiringi jenazah ayahnya, gadis kecil itu menangis sambil berkata: "Ayah, mengapa hari ini ajal ayah sampai?" Sampai di kubur, jenazah ayah gadis itu terus dikebumikan.
Esoknya ketika Hassan duduk di muka pintu rumahnya, gadis itu lalu lagi di dpn rumahnya. Si gadis berlari-lari sambil meratap menuju kubur ayahnya. Hassan terharu melihat peristiwa itu. Hassan ingin tahu apa sbnrnya dilakukan gadis itu.
Sampai di kubur, Hassan melihat gadis itu memeluk nisan ayahnya. Pipinya dilekapkan di atas tanah kubur. Sambil bersembunyi Hassan menyaksikan peristiwa menyayat hati itu.
Dari tpt persembunyian, Hassan mendgr rintihan yg diucapkan gadis itu terhadap ayahnya.
"Ayah, malam ini ayah hanya seorg diri terbaring dlm kubur yg gelap tanpa lampu dan penghibur. Jika smlm, saya blh menerangi ayah dgn lampu tp siapakah yg akan menerangi ayah mlm ini? Siapakah pula yg akan menghiburkan ayah?
"Ayah, smlm saya blh membentangkan selimut utk ayah tidur, tp siapakah yg membentangkan hamparan mlm ini? Jika mlm2 sblm ini saya blh memicit tgn dan kaki ayah, tp siapa kah yg dpt mengosok2 ayah skrg?
"Ayah, jika mlm kelmarin sayalah yg memberikan minuman, siapakah yg blh memberi minuman utk ayah? Jika dulu, saya blh mengguling-gulingkan tubuh ayah yg lemah tp siapakah yg akan merawat ayah?
"Ayah, jika dulu saya menyelimuti tubuh ayah yg tersingkap, tp kini siapa yg menyelimuti ayah? Kelmarin ayah masih blh memanggil saya dan saya menjwb, tp semlm siapa yg ayah panggil dan siapa yg menyahut?
"Ayah, jika kelmarin ayah meminta mknan dan saya yg melayani tp adakah semlm ayah meminta makanan dan siapa pula yg melayani ayah? Dulu saya selalu memasak makanan ayah tp siapa yg masak utk ayah smlm?"
Begitulah ratapan anak gadis itu kpd arwah ayahnya di kubur. Ratapan anak gadis itu membuatkan Hassan terharu dan menitiskan air mata.
Akibat tdk tertahan lg, Hassan keluar dr tpt persembunyiannya. Air matanya bercucuran. Dia lalu mendekati gadis yg sdg memeluk erat nisan ayahnya. Hassan cuba menenagkan gadis itu.
Perlahan2 Hassan membisikkan kata2 nasihat kpd gadis itu:
"Anakku, jgnlah berkata begitu tp ucapkanlah kata2 spt ini...
" Wahai ayah, saya tlh kapankan ayah sebaik-baiknya, tetapi masihkah ayah memakai kapan itu?
"Ayah, saya telah meletakkan tubuh ayah yg segar-bugar dlm kubur, masih segar-bugarkah ayah atau sudah dimkn cacing?
"Ayah, org2 aLim mengatakan bahawa semua hamba Allah nanti akan ditanya tentang imannya. Ada antara mrk blh menjwb tp ada juga yg cuma membisu. Saya terfikir, adakah ayah blh menjwb atau membisu?
"Ayah, org alim berkata bahawa kuburan blh menjadi luas atau sempit. Bagaimana kubur ayah skrg, bertambah luas atau bertambah sempit?
"Ayah, org alim berkata kuburan merupakan sebuah tmn dari tmn syurga tp blh juga menjadi sebuah lubang neraka. Apa yg saya fikir, bagaimana kubur ayah skrg. Taman syurga atau neraka?
"Ayah, org alim berkata, bahawa liang kubur blh menhangatkan mayat dgn memeluknya spt pelukan ibu terhadap anaknya tetapi blh juga merupakan lilitan erat yg blh meremukkan tulang-belulang mayat. Bagaiman keadaan tubuh ayah, jgn2 ayah terhimpit lubang kubur?
"Ayah, org alim berkata, org yg dikebumikan itu ada yg menyesal mengapa dulu semasa hidupnya tdk membykkan buat amal ibadat tp jd penderhaka, byk buat maksiat. Saya nak bertanya ayah, adakah ayah termasuk org yg menyesal krn membuat maksiat atau menyesal krn sedikit berbuat amal kebajikan?
"Ayah, dulu saya memanggil, ayah menjwb tp kini saya panggil ayah tak lagi menjwb. Ayah kini telah berpisah dgn saya dan kita akan bersua lagi sehingga hari kiamat. Semoga Allah tidak menghalang saya berjumpa dgn ayah di akhirat kelak!"
Begitulah nasihat yg diberikan Hassan kpd gadis kecil itu yg sdg meratapi kematian ayahnya. Sebaik mendgr nasihat itu gadis itu berkata: " Wahai Hassan Al-Basri sungguh baik cara kamu menasihati saya bagaimana utk meratapi ayah!"
Gadis kecil itu pulang bersama Hassan Al-Basri sambil menangis meninggalkan kubur ayahnya. Hassan Al-Basri memberitahu gadis kecil itu, sia-sia meratapi kubur ayahnya sdgkan hanya doa anak yg soleh dpt membantu arwah yg telah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment