- Maafkanlah org yg menzalimi mu, smbglah tali silaturrahim dgn org yg memutuskan silaturrahimnya dgn mu, berilah dgn org tdk pernah memberimu, dan bersikap lembutlah kpd org yg berbuat buruk kpd mu, nescaya anda akan beroleh kebahagiaan dan kedamaian.
- Perbykanlah istighfar, krn bersama istighfar itu terdpt rezeki, jln keluar, keturunan, ilmu yg bermanfaat, dimudahkan urusan dan dihapuskan dosa2.
- Reda dan rela dgn bentuk tubuh anda, potensi anda, pendapatan anda, keluarga anda, dan rumah anda, nescaya anda akan peroleh kedamaian dan kebahagiaan.
- Bersikap optimislah, dan jgn putus asa. Serta berbaik sangka kpd Tuhanmu serta harapkanlah segala kebaikan dan keindahan dari-Nya.
- Bergembiralah dgn pilihan Allah bagi mu, krn anda tidak tahu kebaikan yg sebenarnya bg anda, dan mungkin sahaja kesusahan itu lebih baik bg anda drpd kemudahan.
- Musibah itu akan mendekatkan anda kpd Allah, mengajar anda utk berdoa, menghilangkan kesombongan, ujub, dan membesar diri.
- Di dlm diri anda terdpt jambatan2 nikmat, dan perbendaharaan kekayaan yg Allah anugerahkan kp anda.
- Jauhilah berburuk sangka, buanglah kesedihan dan khayalan yg buruk serta pemikiran2 yg negatif.
- Ketahuilah bahawa anda bukanlah satu2nya org yg mendpt bencana, tidak seorg pun terlepas dari kegelisahan, dan tidak seorg manusia pun terbebas dari kesusahan.
- Yakinlah bahawa dunia ini adalah tempat cubaan, bencana, kepedihan, dan kegelisahan, maka terimalah semua itu dan mintalah pertolongan kpd Allah swt.
- Fikirkanlah org2 yg mendahului anda dlm perjalanan hidup ini, iaitu org yg pernah dipulaukan, dipenjara, dibunuh, diuji, dicuba, diseksa, dan diusir.
- Semua kesusahan yg menimpa mu akan mendpt balasan pahala dari Allah swt, baik berupa kesusahan, kegelisahan, kesedihan, kelaparan, kemiskinan, penyakit, hutang dan musibah.
- Ketahuilah bahawa kesusahan2 itu akan membuka pendengaran, penglihatan, menghidupkan hati, menundukkan nafsu, menginsafkan dan menambahkan pahala.
- Jgn berdamping dgn org2 yg pembenci, buruk perangainya, dan org2 yg suka mendengki, krn mrk adalah penyakit berbahaya bg roh, dan mrk adalah pembawa kegelisahan hati serta penyebab kesedihan.
- Hati2lah agar jgn sampai berbuat dosa, krn dosa itu adalah punca kegelisahan dan kesedihan, dosa itu pula yg akan menjadi sebab bg segala bencana, musibah dan masalah.
- Cercaan musuh2 anda kpd anda serta cemuhan org yg hasad kpd anda, menjadi bukti betapa tingginya nilai anda, bermakna anda adalah org yg patut disebut dan diperhitungkan.
- Ketahuilah bahawa org yg mengumpat anda bererti telah menghadiahkan pahala2nya kpd anda, menghilangkan dosa-dosa anda, dan membuat anda masyur, dan ini adalah suatu kenikmatan.
- Murnikanlah tauhid anda kpd Tuhan, nescaya hati anda akan merasa lapang, krn sejauh mana kadar kejernihan tauhid anda, dan kemurniaan keihklasan anda, sejauh itu pulalah kebahagiaan anda.
- Jadilah org yg berani, cekal hatinya, teguh jiwanya, dan mempunyai tekad yg kuat. Dan jgnlah anda terpengaruh dgn kesusahan dan kegentaran.
- Hendaklah anda bersikap dermawan, krn hati org yg dermawan itu amat lapang, dan perasaannya tenang, sedangkan org yg bakhil itu dadanya merasa sesak, dan jiwanya gersang.
- Berwajah cerialah kpd org lain nescaya anda akan menangi cinta mrk, dan berkata lembutlah kpd mrk nescaya mrk akan mencintai anda, dan bersikap tawadhuklah kpd mrk nescaya mrk akan memuliakan anda.
- Di antara pintu2 kebahagiaan yg terbesar adalah doa kedua2 ibu bapa, maka dptkanlah doa kedua2nya dgn berbakti kpd mrk, sehingga doa mrk menjadi benteng yg teguh bg anda terhadap semua perkara yg buruk.
Dipetik dari La-Tahzan, Dr, 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
No comments:
Post a Comment