pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Wednesday, August 4, 2010

puding raja yg tlh dimodifiedkan =P



Puding Raja


Bahan2

100 gm Buah prune tanpa biji - potong 4
1 cwn Biji gajus
100 gmBuah ceri - potong 4
4-5 biji Pisang emas/raja/montel/tanduk
2 kotak kismis kaler kuning
jala emas (kalau ade)

Untuk kuah puding
400 ml susu cair
200 ml air
2 biji telur kuning
3 ½ sudu besar gula
2 sudu besar kastard (campur dgn air sedikit)
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara

1. Pisang dibelah
2.Goreng pisang dengan minyak Bila sudah kekuningan,angkat dan toskan.
3.Goreng pula gajus.
4. Satukan semua bahan untuk kuah, masak atas api sederhana. kacau hingga kuah pekat dan kemudian sejukkan.
Cara menghidang:
1)Susun pisang goreng di dlm pinggan / mangkuk.Kemudian letakkan jala mas, buah prune, buah ceri, gajus dan kismis
AKhir sekali tuangkan kuah dan sedia dihidangkan.
Atau Campurkan kesemua bahan ke dlm kuah yg sudah dimasak, kemudian sejukkan... (ini cara saya ;P)


p/s: sowie org2 pahang~~ saya telah mengubahsuaikan resepi asli negeri anda...huhuu

No comments:

Post a Comment