pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Thursday, August 12, 2010

Rendang Udang


Bahan2


10-15 ekor udang
10 tangkai cili kering - ikut kepedasan yg dikehendaki
6-8 ulas bawang merah kecil
2-3 sudu besar kerisik
santan (dr 1 biji kelapa)
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 btg serai
2 helai daun kunyit
2-3 keping asam keping
3-5 kacang panjang (utk hiasan)
garam + gula secukupnya


Cara2

1) Bersihkan udang, dan masukkan dalam periuk/kuali
2) Bawang merah+halia+daun kunyit dimayang halus
3) kunyit+serai+cili kering dikisar/ditumbuk halus
4) Kemudian, campurkan bahan2 yg telah dimayang, dikisar, santan, kerisik dan asam keping bersama2 udang..
5) Masukkan garam+gula secukup rasa..
6) Setelah mendidih, masukkan kacang panjang.
7) Masak hingga sebati dan pastikan udang pun masak...
8) hidangkan =)

No comments:

Post a Comment