pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Thursday, August 19, 2010

Badak Berendam....



Bahan2


bahan utk kulit
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan beras
2-3 sudu santan pekat
1/2 cawan air pandan kisar (2-3 helai daun pandan)
1/4 sudu kecil pencelup hijau
1 cawan air

bahan utk inti
1/2 biji kelapa parut (warna putih)
1/2 cawan gula merah
1/2 keping gula kabung
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu besar tepung beras
1 cawan air

bahan untuk kuah
1 1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh tepung beras


Cara2

utk kulit
1. Kisar 2-3 helai daun pandan utk dptkan 1/2 air kisar cawan
2. Tepung pulut+tepung beras+santan+air kisar pandan+air+ dicampur dan diuli hingga menjadi doh. Jika cair, campurkan sedikit lagi tepung pulut, adunkan hingga doh blh dibentukkan bulat2 yg kecil (mcm kueh onde2).

utk inti
1. Didihkan air di dalam kuali.
2. Setelah mendidih, masukkan kelapa parut, daun pandan yg telah disimpul.
3. Kemudian masukkan gula merah (setelah dibancuh dgn air sedikit dan ditapis) ke dlm adunan itu.
4. Campurkan juga gula kabung dan 1/4 sudu teh garam
5. Kacau inti hingga menjadi likat.
6. Sblm angkat, masukkan 1 sudu besar tepung beras.
7. Masak hingga adunan menjadi pekat dan likat.

utk kuah
1. Bancuhkan santan bersama 1/2 sudu teh garam dan 1/4 tepung beras.
2. Bancuh hingga rata.

1. Bentukkan adunan doh menjadi bola2 kecil dan masukkan inti yg telah dimasak ke dlm bola itu (mcm kueh onde2)
2. Bentukkan hingga doh habis
3. Setelah siap, sediakan air rebusan.
4. Rebus bola2 kecil itu, hingga masak dan timbul di permukaan air rebusan.
5. Setelah masak, tuskan.
6. Kemudian masukkan bola2 kecil tu ke dalam loyang ataupun daun pisang yg dibentuk spt boat.
7. Susun bola2 kecil itu..lps tu, masukkan santan yg telah dibancuh td hingga separuh bekas.
8. Akhir sekali kukus selama 15 minit atau hingga santan masak.
9. Angkat dan hidangkan!





No comments:

Post a Comment