pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Monday, August 23, 2010

Pajeri Nenas


Bahan2

1 biji nenas saiz sederhana
10 ulas bawang merah (ditumis 4 ulas, ditumbuk 6 ulas)
5 ulas bawang putih (ditumis)
1 inci halia - dimayang halus dan ditumis
1/4 inci lengkuas - ditumbuk
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
1 btg kulit kayu manis - ditumis
2-3 bunga cengkih - ditumis
2-3 bunga lawang - ditumis
2-3 buah pelaga - ditumis
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan pekat
2 helai daun kari
1 peket kecil rempah kari ayam.
garam&gula secukup rasa

Cara2
1. Bersihkan nanas dan diptg sekeping2.
2. Tumbuk bawang merah, lengkuas, lada hitam hingga menjadi separuh lumat.
3. Campurkan bahan2 yg ditumbuk bersama rempah kari ayam, dan dibancuh dgn sedikit air.
4. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, dan buah pelaga.
5. Tumis hingga bwg kekuning-kuningan dan naik bau.
6. Lps tu, masukkan bahan2 yg ditumbuk dan dibancuh dgn rempah kari
7. Masak hingga naik bau, dan naik minyak.
8. Masukkan potongan nenas
9. Masukkan daun kari, udang kering dan kerisik.
10. Gaul hingga rata.
11. Lps tu, masukkan santan pekat.
12. Jgn lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.
13. Tunggu hingga betul2 masak...kemudian angkat.
14. Hidangkan!

p/s: blh juga guna terung sbyk 3-4 btg, bg gantikan nenas.

No comments:

Post a Comment