pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Wednesday, August 18, 2010

Mutiara Hikmah 3 La-Tahzan

  • Hiduplah dgn kehidupan yg sederhana, dan jgn hidup mewah, berlebihan dan berfoya-foya, maka setiap kali tubuhmu bermewah-mewah nescaya hatimu mengalami kesusahan.

  • Peliharalah potensi yg dianugerahkan kpd anda, ilmu yg anda kuasai, rezeki yg dibukakan kpd anda, serta pekerjaan yg sesuai dgn anda.

  • Jgnlah anda menyakiti org lain, dan berusahalah menjadi peribadi yg terjaga lidahnya, baik perkataannya, lembut kata-katanya, dan tidak bersikap melampau.

  • Bersendirianlah selama beberapa lama utk merenungkan urusan2 anda, membaca diri anda, dan memikirkan akhirat anda serta memperbaiki di dunia anda.

  • Pakailah pakaian yg sederhana, bkn pakaian org2 yg berlebihan dan bkn pula pakaian org2 jalanan. Jgn buat diri anda menonjol dgn pakaian anda, tetapi jadilah spt manusia biasa yg lain.

  • Jgnlah marah, krn kemarahan itu akan merosak perangai anda, mengubah akhlak, merosak hubungan, memadam kasih syg, dan memutuskan silaturahim.

  • Berpergianlah sesekali utk membaharui kehidupan anda, saksikanlah bahagian2 dunia yg lain, kunjungilah tpt2 serta negeri yg lain, krn perjalanan itu adalah sesuatu yg menyenangkan.

  • Sediakanlah buku catatan di poket anda utk mengatur pekerjaan anda, waktu anda, dan dgnnya anda mengingat janji2 anda serta anda dpt mencatat komen2 anda.

  • Dahuluilah utk memberi salam kpd org lain, sapalah mrk dgn senyuman, berikanlah perhatian kpd mrk, sehingga anda menjadi peribadi yg dicintai mrk dan dekat dgn mrk.

  • Yakinlah dgn diri anda, dan jgn bergantung kpd org lain. Tanamlah sikap dlm diri anda utk membantu org lain, bukannya meminta dibantu. Dan anda hanya memiliki Allah sbg penolong anda, dan jgn merasa tertipu dgn kwn yg ramai ketika senang.

  • Berhati2lah agar tidak mengucapkan kata, Nanti saya akan......., juga menangguh pekerjaan dan mengerjakan kewajipan, krn hal itu adalah awal kegagalan.

  • Tinggalkan sikap ragu2 dlm mengambil keputusan dan hendaklah anda tidak bimbang dlm menghadapi segala perkara, tetapi bersikap tegaslah, berazamlah, dan majulah.

  • Hendaklah anda mengeluarkan sedekah, meskipun sedikit, krn hal itu akan memadamkan kesalahan, membahagiakan hati, menghilangkan kegelisahan dan menambahkan rezeki.

  • Jgn gembirakan musuh2 anda dgn kemarahan dan kesedihan anda, krn hal inilah yg mrk kehendaki. Maka jgnlah wujudkan angan2 besar mrk itu dlm menyukarkan kehidupan anda.

  • Jgn menyalakan bara dlm dada anda dgn permusuhan, kedengkian, dan kebencian terhadap org lain, krn ini adalah azab yg kekal.

  • Seseorg yg beriman tidak bersedih dgn kehilangan dunia dan tidak memberi perhatian terhadapnya, dan tidak merasa gentar menghadapi bencana dunia, krn dunia itu akan hilang, pergi, hina dan lenyap.

  • Jauhilah perasaan rindu, suka, dan cinta yg haram, krn perasaan itu adalah seksaan bg roh dan penyakit bg hati. Sebaliknya, berlindung kpd Allah, berzikir dan taat kpdNya.

  • Jagalah ketertiban dlm hal makanan, dan hendaklah anda memakan makanan yg bermanfaat, jagalah jgn sampai kekenyangan, dan jgn pula anda tidur dlm keadaan kekenyangan.

  • Fikirkanlah rahmat Allah SWT Yang Maha Pengasih. Ia mengampuni pelacur yg memberi minum seekor anjing, memberikan ampunan kpd org yg telah membunuh 100 org, mengembangkan tgnNya utk mengampuni org2 yg bertaubat, dan mengajak org2 Nasrani utk bertaubat.

  • Stlh lapar dtg rasa kenyang, stlh haus dtg rasa lega krn minuman, stlh sakit dtg kesembuhan, stlh miskin dtg kaya, kegelisahan berganti dgn kebahagiaan. Semua ini merupakan hukum Allah yg berlaku di alam semesta.

  • Jika anda marah maka diamlah dan berlindunglah kpd Allah dari syaitan dan ubahlah posisi anda, jika anda berdiri maka duduklah, berwuduklah, dan perbyklah zikir.

- dipetik dari: Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

No comments:

Post a Comment