pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Thursday, August 12, 2010

mutiara hikmah 1 - La Tahzan

  • Sesungguhnya iman mampu melenyapkan kegelisahan dan menghapuskan kesedihan. Ia adalah sahabat bg org2 yg bertauhid, dan penghibur bg org2 yg beribadat.

  • Apa yg telah berlalu maka ia tidak kembali, dan apa yg telah hilang itu bererti mati, maka jgnlah anda fikirkan apa yg telah berlalu, krn ia telah hilang dan lenyap.

  • Bersikap redalah terhadap takdir yg tlh ditetapkan, dan rezeki yg tlh dituliskan oleh Allah swt bg anda, krn segala sesuatu yg tlh ditakdirkan, maka jgnlah anda merasa gelisah.

  • Ketahuilah, dgn berzikir akan membuat hati tenang, dosa2 dihapuskan, dan dgn zikir Allah swt Yang Maha Mengetahui segala ghaib akan meredainya, dan dgn zikir pula segala kesedihan akan lenyap.

  • Jgn tunggu ucapan terima kasih dr org lain, krn cukuplah bg anda balasan dari Allah swt, dan jgnlah kecewa krn mendapati org tidak kenal membalas budi, juga org yg dengki dan hasad.

  • Jika engkau berada di pg hari, maka jgn tunggu hingga ke ptg hari, hiduplah dlm batasan hari itu, dan tumpukanlah perhatian anda utk memperbaiki keadaan hari anda pd masa itu.

  • Tinggalkanlah masa depan hingga ia dtg, dan jgn fikirkan hari esok krn jika anda memperbaiki hari ini nescaya hari esok anda akan menjadi baik dgn sendirinya.

  • Bersihkan hati anda dari hasad dan dengki, serta keluarkanlah darinya kebencian, dan hapuskanlah darinya permusuhan.

  • Tinggalkanlah manusia kecuali manusia yg baik, dan berdiamlah di rumah anda, terimalah keadaan anda, dan kurangilah pergaulan.

  • Buku adalah kwn yg paling baik, maka berkwnlah dgn buku, bersahabatlah dgn ilmu, dan berdampinglah dgn pengetahuan.

  • Alam semesta ini diciptakan dlm keteraturan dan kerapian, maka hendaklah anda teratur dan rapi dlm pakaian anda, rumah anda, pejabat anda, dan kewajipan anda.

  • Keluarlah ke tanah lapang, nikmatilah kebun-kebun yg indah, dan perhatikanlah ciptaan Allah swt dan karya Khaliq di alam semesta.

  • Hendaklah anda sering berjln dan bersenam, serta jauhilah rasa malas dan keengganan, dan jauhilah kekosongan dan kesia-siaan.

  • Bacalah sejarah dan perhatikanlah keajaiban2nya, renung2kanlah keanehan2nya, serta nikmatilah kisah2 dan hikayatnya.

  • Perbaharuilah hidup anda, pelbagaikanlah cara2 hidup anda, dan ubahlah kebiasaan yg anda jalani sehari2.

  • Jauhilah bahan2 penyegar dan jgnlah byk memakannya, spt teh dan kopi, dan berhati-hatilah agar jgn sampai merokok, menghisap cerut, dan seumpamanya.

  • Perhatikanlah kebersihan pakaian anda, bau tubuh anda, dan rapikanlah penampilan anda dgn tidak lupa membersihkan gigi dan memakai wewangian.

  • Jgn baca buku2 yg dpt menumbuhkan perasaan putus asa, kekecewaan, hilang harapan dan kemalasan.

  • Ingatlah bahawa Tuhan anda adalah Maha Luas ampunanNya, Ia menerima taubat, dan mengampuni hamba-hambaNya serta menggantikan keburukan dgn kebaikan.

  • Bersyukurlah kpd Tuhanmu atas nikmat agama, akal, kesihatan, nama baik, pendengaran, penglihatan, rezeki, keturunan, dan lain2nya.

- Dipetik dari "La-Tahzan", Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni

No comments:

Post a Comment