pEace~~!!

~SeSuKaati akU nk tuLih Ape poN~~~ mAnA yg bAik blh jd iKutan...maNa yg tAk eLoK jaDikaN SemPadaN~~ ;)
*Beberapa koLeksi resepi di dlm bLog ini adalah berdasarkan peNgalaman sendiri&utk rujukan sendiri di masa hadapan dan blh dirujuk pd saper2 yg sudi..tp awas! sekiranya hasillnya tdk memuaskan..itu adalah tanggungjwb anda yeeee~~*


Saturday, January 2, 2010

Happy new yEar 2010~~ selamat tahun Baru!!

Usai sudah 2009...kini 2010 sudah menjelma...
Kelmarin telah kita tinggalkan 2009 buat selama2nya...yg membawa seribu satu memori yg telah kita lakari bersama2...yg pasti memori itu akan disimpan kemas di dlm kamus hidup ini..
Kenangan dan memori semalam adalah pengalaman atau panduan utk bekalan hari esok yg bakal kita tempuhi untuk perjalanan seterusnya...
Sebagai manusia biasa, kita sepatutnya sedar bahawa setiap saat, minit, yg berlalu sehingga menjadi tahun, adalah menunjukkan perjalanan kita utk bertemuNya semakin lama semakin dekat...Tapi kita sbg manusia, sering alpa dan leka dgn nikmat yg telah dikurniakan oleh yg Maha Esa dan acapkali, kita melupakanNya.
Semoga dgn kehadiran 1431h dan 2010m, dpt kita rebut peluang untuk mengejar kejayaan di dunia dan juga akhirat...tp yg paling penting adalah utk bekalan di sana. Jikalau kita terlalu mengejar dunia, pasti kita x mampu utk mengejarnya...tetapi jika kita mengejar akhirat, dunia pasti mengejar kita.
Yg pasti aku bersyukur, dgn dugaan, cabaran dan nikmat yg telah Engkau turunkan buatku selama ini...aku yakin Tuhan tidak akan menurunkan dugaan, ujian dan cabaran di luar kemampuan seseorang hamba itu...dan sebagai makhluk Allah, jgnlah kita mengeluh dgn apa yg kita hadapi..tidak sepatutnya kita berkeluh-kesah dgn apa Allah turunkan buat kita...terimalah setiap takdir dan kejadianNya utk kita dgn hati yg terbuka..tandanya kita taat kpdNya dan beriman dgn rukun Iman yg ke-enam; percaya kepada qada' dan qadar...InsyaAllah, dgn keyakinan ini, kita akan mendpt ketenangan yg hakiki dariNya.
Semoga Allah permudahkan jalan hidup ini, dan mendpt hidayah yg blh memimpin ku ke jln yg benar dan diredhai olehNya...insyaAllah.

No comments:

Post a Comment